Seoul - Kimchee Dongdaemun Guesthouse
Dari Seoul Station, kami ambil train line
no. 4 (biru) untuk ke stesyen seterusnya iaitu Samgakji. Tiba di Samgakji tukar
line No. 6 dan turun di stesyen Cheonggu.
Tiba di Cheonggu, Exit no. 3..kami ikut
direction yang diberi oleh pihak Hostel. Senang jer nak jumpa guesthouse
tersebut. Lebih kurang 100-150 meter dari exit nombor 3 Cheonggu Station. Sampai di Guesthouse pukul 2.00
petang..malangnya x boleh check in lagi. So kami tinggalkan beg berat kami dulu
dan kuar jenjalan..jelajah Seoul...iaitu Bukchon Hanok Village
Bukchon Hanok Village
Bukchon Hanok Village merupakan perkampungan tradisional Korea. Rumah-rumah kediaman di sini masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Korea. Untuk makluman, kawasan ini adalah resident area dan juga menjadi tempat pelancongan. So, jangan bising or cakap kuat-kuat di kawasan ini...terdapat beberapa papan tanda meminta pelancong agar tidak bercakap kuat dan beberapa orang sukarelawan yang memegang sepanduk ' Silence Please'
Dari Cheonggu (line 3) kami turun di stesyen Anguk. Kuar dari train cuba tengok mana-mana papan information mengenai Bukchon Hanok Village. Kat situ ada info exit mana yang perlu kita ambil untuk ke tempat ini. Kalau tak silap kena tengok exit to Gyeongbokgung Palace. Istana ini berada di kawasan Bukchon Hanok Village. Selepas keluar dari exit berkenaan..kami terus jalan ke depan dalam 200-300 meter jumpa Tourist Information Centre. Ambik la beberapa map yang berkaitan tapi yang penting map Hanok Village..kalo jalan tanpa map kan boleh sesat plak..
kesian ahjumma ni..dah lenguh berdiri agaknya sambil pegang sepanduk
Shopping stoking..1,000 won untuk sepasang stoking..comey..
Okey..selesai di sini kita ke Namdaemun pulak.....:))
Myeongdong Market (shopping area)
Plan asal sebenarnya nak pergi ke Namdaemun market sebab nak beli souvinier untuk family dan rakan² tapi daku telah tersilap turun daa....Kami dari Anguk stesyen terus ke Chungmuro then transfer to line 4. Kendian stop di stesen Myeongdong. ntah macam mana ntah patutnya kena turun di Stesyen Hoeyeon (next stop)..tak per la..kat sini memang happening giler...ramainya umat manusia..begitu banyak deretan kedai kosmetik. Sempat la sambar beberapa jenis skin care dan 20pcs masker the face shop..tak jangka langsung nak shopping kosmetik dan skin care ni..
Tengah duk belek² skin care ni..tiba-tiba perut berbunyi..huhuh..baru teringat yang kami belum lagi lunch. Jam dan menunjukkan pukul 5.00 petang. Solat pun belum lagi..lunch pun belum lagi..then..aku nampak..mamt k-pop tengah tebar something kat gerai dia sambil jerit BANANA NUTTELA PANCAKE! BANANA NUTTELA PANCAKE! Ish..macam best jer ni...try la beli satu.. 1 keping pancake ni berharga 4,000 won..sedap gak pancake nipis ni...tapi x crunchy..
Mula-mula dia buat kulit pancake tersebut..nipis jer..kemudian letak beberapa hirisan pisang, 2-3 sudung nuttela then cornflake..lipat..pastu bayar dan makan...
Selepas membeli dan menonton di Myeongdong...kami ke Itaewon jugak..walaupun kena bertukar train..Kami tiba di Itaewon dalam pukul 6 lebih....carik Masjid..terpaksa mendaki bukit sikit..nasib baik beg yang berat dah ditinggalkan di guesthouse..then brg² kosmetik yang dibeli tak banyak. Kami solat Zohor-Asar, Maghrib - Isyak di masjid ini. Selepas solat, kami beli kebab dari Mr. Kebab utk makan malam. Kebab ayam berharga 5,500 won manakala kebab kambing berharga 6,500 won. Kami sempat singgah di sebuah kedai runcit berdekatan masjid untuk beli nasik segera. 2 pek nasi segera berharga 4,000 won..agak mahal la..kalau beli kat seven-e baru 1,600 atau 1,700...hmmm...
Balik ke Guesthouse..check in..mandi..makan..then rehat untuk esok plak..pukul 3.00 pagi dah kena bangun..
No comments:
Post a Comment