Pada hari ini kami akan ke Pyeongchang iaitu Yongpyong Ski
Resort. Buat apa datang sini? Nak main ski ke?..
Eh tak lah…nak tgk snow jer..kot la ader rezeki dpt pegang
snow
Seawal jam 4.00 pagi kami bersiap..buat simple breakfast dan
bwk sedikit bekalan iaitu sandwich. Nasib baik ada Korean student yang menginap kat situ tolong
kami tempah teksi untuk ke Lotte Mall di Jamsil. Pada awal pagi ni perkhidmatan
subway belum bermula lagi. Bas untuk ke Yong Pyong resort pulak akan bertolak
pada jam 5.00-5.30 pagi. Tambang teksi
kalau tak silap dalam 11000 won.
Sampai sana Nampak la beberapa biji bas berwarna ungu dan
beberapa orang Korean bersama peralatan ski diorg..dah memang sah bas ni la
yang akang ke Yong Pyong Resort. Naik bas terus bayar tambang..dalam 35000
seorang return tiket. Beli siap² senang.
Kami solat subuh semasa dalam bas. Tengok semua orang dalam
pakai winter jacket yang tebal..mmg cara berpakaian untuk musim snow lah
kiranya..kita nih pakai jeans + jacket yang biasa pakai masa pegi Cameron
Highlands..haha..
Bas untuk ke Yongpyong Ski Resort ni ada dua trip :
5.00 pagi dan 10.00 pagi..
Untuk turun dari Yong Pyong pulak pukul 1.00 tengahari dan
petang tak pasti pukul berapa mungkin 4.00 petang atau 5.00 petang.
Kami pilih yang pukul 5.00 pagi sebab..pukul 1.00 petang
boleh turun dah dan boleh lagi jalan² ke Namdaemun ke Itaewon ke..Kalau pilih
trip petang dah rugi masa kat situ..
Tempoh masa perjalanan dari Jamsil ke Pyeongchang ni lebih
kurang 3 jam. Bila dah sampai sana..Subhanallah…ada rezeki nk pegang snow..
Turun dari Bas terus ke tempat yang ada snow..pegang..hahahah..orang lain dah menghilang ntah ke mana..
Untuk maklumat yang lebih tepat dan detail boleh rujuk laman web : https://www.yongpyong.co.kr/eng/index.do
Naik gondola untuk ke puncak
Pesanan : Kalau ada hati nak naik ke puncak gunung macam ni sila pakai losyen sunscreen @ sunblock yer..nanti kulit muka korang hangus terbakar..musim² sejuk pun matahari totap ado..jarak dengan matahari terasa dekatnya..kami x bwk semua tu..ingatkan pi pulau jer kena pakai..,
Dah..jom turun kita shopping pulak..
1 comment:
Cari dana tambahan tanpa harus pusing
Agen Slot Deposit Pulsa Masterbet188 solusinya
bingung cari agen bisa Depo/Wd pakai OVO sini yukkk mampir
Bisa lhooo di MASTERBET188
Pakai rek DANA juga bisa lho π
π² Depo pulsa π 10.000
π² Depo Tf π 25.000
π² Withdraw π 50.000
Info lebih lanjut hubungi π
Hubungi Kami :
π² Whatsapp: +6281397628 286
π² Line : Masterbet188
π Link 1 : www. masterbets188 .info
Post a Comment