apa itu buah rambutan ? boleh makan ker buah rambutan ini ? bagaimana kah rasanya ? bagaimanakan rupa bentuk buah rambutan ?
okey rekan-rekan sekalian...let me explain a little bit of rambutan...
Buah Rambutan ialah sejenis botani yang juga dikenali sebagai lappaceum Nephelium. Rambutan adalah pokok tropika yang tergolong dalam keluarga Sapindaceae. Rambutan luas tersebar di seluruh Indonesia, Malaysia dan Asia Tenggara dan dikenal pasti di beberapa negara, dengan nama-nama berlainan. Sebagai contoh, di Nicargua, Costa Rica dan Panama, Rambutan dikenalpasti sebagai mamon Chino manakala rakyat Thailand panggilan ia ngoh.
Di Malaysia pula semestinya dipanggil buah rambutan. Kebiasaannya warna kulit buah rambutan merah, merah kekuningan dan juga kuning. kebanyakan rasa buah rambutan ialah manis sekiranya buah masak ranum.
terdapat beberapa jenis rambutan yang utama iaitu :
rambutan anak sekolah - rambutan ini adalah rambutan kegemaran saya kerana isinya manis
rambutan gula batu - rambutan ini berwarna kuning rasanya kurang manis
rambutan kahwin.
namun, terdapat beberapa jenis lagi rambutan klon yang saya rujuk dari wikipedia iaitu :
R134
Klon ini berasal dari Singapura dan didaftar pada bulan Mac 1946. Buah besar dan berbentuk bujur. Kulit berwarna merah tua, rambutnya sederhana panjang dan jarang. Isinya tebal dan sederhana pejal, rasanya manis, lekang dan berjus.R 156
Klon ini digelar Muar Gading, didaftarkan pada 10 Januari 1955 dan berasal dari Sungai Abang, Muar, Johor. Kulit berwarna kuning, berbentuk bulat, besar, mempunyai rambut yang kasar tetapi jarang dan pendek. Isinya tebal, sederhana pejal, rasanya sederhana manis, lekang dan berjus. (Rambutan Gading dari Wikipedia - klik).R 160
Rambutan ini digelar 'Khaw Tow Bak' berasal dari Pulau Pinang dan didaftar pada 7 Jun 1970. Saiz buah berbeza-beza daripada sederhana besar hingga besar. Buah berbentuk bulat bujur. Kulit berwarna merah. Rambutnya kasar dan pendek. Isinya tebal, lembut, manis dan berjus. Lapisan selaput biji terikut sedikit pada isi.R 162
Klon ini dipanggil 'Oh Heok' berasal dari Pulau Pinang dan didaftarkan pada 17 Jun 1970. Kulit buah berwarna kuning kemerahan. Saiz buah besar, berbentuk bujur, berambut halus dan sederhana panjang. Isinya tebal, lekang, pejal dan sederhana manis. Lapisan biji terikut pada isi.R 167
Dikenali dengan nama 'Chai Taw Cheng' dan telah didaftarkan pada 17 Jun 1970. Saiz buah sederhana besar, berkulit nipis dan berwarna merah kekuningan, rambutnya panjang dan berwarna hijau. Isinya lekang, pejal dan rasanya manis.R 168
Klon 'Che Embong' berasal dari Kelantan dan didaftarkan pada 23 Julai 1970. Saiz buah adalah sederhana panjang. Kulit berwarna mrah kekuningan dan sederhana kasar. Isinya tebal, pejal dan rasanya manis.R 170
Dikenali dengan nama 'Deli Cheng' berasal dari Pulau Pinang dan telah didaftar pada 17 Jun 1970. Mempunyai buah berwarna merah yang besar dan berbentuk bulat bujur. Rambutnya sederhana panjang dan kasar. Isinya lekang, tebal, pejal dan sederhana manis. Lapisan selaput biji terikut sama dengan isi.R 185
Terkenal dengan nama 'Lekang Nyior" berasal dri Gurun, Kedah dan didaftarkan pada 14 Februari 1980. Buahnya besar, berwarna merah dan berbentuk bulat bujur. Isinya lekang, rasanya manis dan didapati kering sedikit. Kulit biji tertanggal dan terikut bersama isi.R 191
Terkenal dengan nama 'Rong Rien' atau 'Anak Sekolah'. Berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 1 Jun 1981. Saiz buah sederhana besar (40 gm/buah), berbentuk bujur dan kulitnya berwarna merah. Isinya manis, lekang dan pejal.Terdapat beberapa varieti yang ditanam di Malaysia, namun hanya enam varieti sahaja yang popular iaitu R134, R156 (Muar Gading), R162 (Ong Heok), R170 (Deli Cheng), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Keenam-enam klon ini berbeza dari segi bentuk buah, isi dan tahap kemanisan.
No comments:
Post a Comment