Kami selamat tiba di Bandara International Soekarno Hatta pada jam 4.00 petang Waktu Indonesia Barat (WIB). Perjalanan dari KL ke Jakarta mengambil masa 2 jam sahaja. Sebaik tiba di airport terus kami mencari kaunter informasi untuk mendapat maklumat mengenai Bas Damri. Untuk membeli tiket bas Damri kami perlu ke Jalur tiga maksudnya di barisan / line 3 di luar kawasan arrival. Di situ ada satu kaunter kecil. Cuma bagitau jer nak ke Stasiun Gambir. Harga tiket 20.000 rp/ person. Tak sampai 10 minit Bas Damri ke destinasi Stasiun Gambir tiba. Seorang lelaki mungkin salah seorang crew Bas Damri menjerit 'Gambir!Gambir!'Gambir!'...so..aper lagi ayoh naik bas Damri....heheheh......untuk pengetahuan korang, bas ini akan lalu sekitar terminal 1 dan 2 dahulu untuk ambil penumpang sehingga penuh. Okey jugak tu..boleh kita tengok suasana kat terminal 1 dan 2. Ramainya umat manusia..kereta yang parkir di terminal 1/2 pun banyak...
Ni Bas SP Bumi..jentera kami sewaktu keberangkatan ke Seremban
Bergambar jap di Soekarno Hatta
Teksi Cipaganti, Terminal 1/2
Teksi Bluebird
Perjalanan dari Bandara ke Stasiun Gambir mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kalau berlaku kemacetan tak tau la...berapa jam...
Tiba di Stasiun Gambir pukul 6.45 petang. Waktu itu, suasana dah pun gelap seperti jam 8.00 malam. Kami carik Kaunter Informasi untuk mendapatkan maklumat mengenai pembelian tiket coach ke Bandung. Untuk mendapatkan tiket ke Bandung kami perlu ke Loket Utara. Terkejut tengok kaunter penjualan tiket..ramainya orang..waduhh..gi mana nih...
Tetiba aku ternampak satu agency travel yang masih buka..terus saya ke situ untuk bertanya sekiranya boleh dapatkan tiket keretapi. Alhamdulillah boleh beli di situ tapi ada tambahan caj sebanyak 10.000 rp untuk satu hala. so semua sekali tambahan 40.000 rp. @ bersamaan RM13.25...huhu.okey lar tu..dari beratur panjang..dah tak larat den ni haa..:)
So...dapat lah tiket sebagai detail di bawah :
Kereta Api : Argo Parahyangan
Tujuan : Bandung
Tarikh : 14 September 2012
Masa : 5.50 pagi
Tiba : 9.01 pagi
Harga : 80.000 rp x 2 = 160.000 rp
Tujuan : Jakarta
Tarikh : 15 September 2012
Masa : 4.30 petang
Tiba : 7.30 petang
Harga : 90.000 rp x 2 = 180.000 rp
So..total semua skali : 340.000 rp. Sebenarnya, tiket dari Bandung ke Jakarta ader promosi harga dlm Rp55.000 tetapi seat berbeza..hmm..takper la..kami ambik yang tiket biasa..xkan nak duk jauh²..3 jam pulak tu tambahan lagi di tempat orang..honeymoon lah katakan...hehehe
Gambaraja berikut ialah Tiket Keretapi..
Selepas selesai pembelian tiket kami terus keluar dari terminal stasiun gambir dari cari teksi bluebird. Biler kami keluar ader..jer orang akan approach kita tawarkan teksi mereka. Kalo boleh jangan pandang mereka terus jer cari kaunter kecil untuk teksi bluebird.
Tiba di kaunter kecil kami terus bagitau nak teksi untuk ke Tune Hotel, Pasar Baru. Kena bayar 5.000 rp untuk bayaran parkir teksi. Teksi dari Stasiun Gambir ke Tune Hotel hanya 15.000 rp. Di Jakarta dan Bandung kami gunakan teksi Bluebird sahaja kerana teksi ini menggunakan meter..dan tak dilupakan juga Bas, Angkutan Kota dan juga Bajaj (sebutan Bajai).
Selepas selesai urusan check in- terus ke bilik..mandi dan rehat.
Sebelum diteruskan cerita pengembaraan ini, kena ringkaskan itinerary sebenar trip ini dulu..:
12/9/2012 (Rabu)
2.55 Flight Take off dari LCCT ke Jakarta
4.00 Tiba di Bandara Soekarno Hatta
6.30 Tiba di Stasiun Gambir
8.00 Tiba di Tune Hotel
13/9/2012 (Khamis)
7.30 Breakfast di Mangga Besar
8.00 Shopping di Pasar Tanah Abang
10.00 Thamrin City dan Grand Indonesia Mall
12.00 Kembali ke hotel utk simpan hasil tangkapan, rehat dan solat
1.00 Mangga Dua Square dan WTC Mangga Dua (Lunch di Restoren d'Cost Seafood)
3.00 Ancol World
4.00 Tugu Monas
14/9/2012 (Jumaat)
5.00 Gerak ke Stasiun Gambir
5.50 Naik keretapi Argo Parahyangan
9.00 Tiba di Stasiun Bandung
9.15 Pasar Baru
11.00 Rumah Mode
1.00 Lunch makanan sunda di Restoren Sangkuriang (sempat solat di sini)
2.00 Shopping Jeans dan seangkatan dengannya di Toko 3
4.00 Terminal Tas dan ForMen
6.00 Check in Hotel
15/9/2012 (Sabtu)
7.00 Breakfast
9.00 Ke Cihampelas Walk
12.00 Check Out Hotel
1.00 ke Kartika Sari untuk beli kek
2.00 Stasiun Bandung..lepak di sini untuk kereta api ke Jakarta
4.30 Gerak ke Jakarta
7.30 Tiba di Stasiun Gambir
8.00 Ke Tune Hotel
16/9/2012 (Ahad)
8.00 Jalan-jalan sekitar Bandar Jakarta (Tujuan asal nak ke Masjid Istiqlal tetapi terpaksa dibatalkan kerana ada keramaian di masjid tersebut dan jalan macet)
- Lalu di Presidential Palace, Jalan Sudirman (tempat jualan barang-barang antik dan second hand)
- Terus ke Bandara
10.00 Tiba di Bandara
10.30 Check In - Alhamdulillah no excess baggage
11.00 Breakfast di Restoren makanan Indonesia
1.00 Gerak ke LCCT.
4.00 Tiba di LCCT dengan selamatnya
Alhamdulillah.....end of Day 1
No comments:
Post a Comment