Monday, June 23, 2014
Percutian ke Bangkok - Krabi Part I
Rupa-rupanya hampir 2 tahun tak update blog ni..memang hangat-hangat tahik ayam...hahhahaha..
Kali ini aku nak berkongsi pengalaman percutian kali kedua bagi tahun 2014 iaitu Bangkok - Krabi. Awal tahun hari tu pergi Singapore...nanti aku akan update about Singapore.
Travel Date : 17 June - 21 June 2014
Accomodation :
Bangkok ( Kacha Resort) Rate RM50/malam
Krabi (Aonang Paradise Resort Hotel) Rate RM115/malam
Travel Buddy : My soulmate
Logistics : Teksi, Bus, BTS Skytrain, MRT, Kereta sewa dan skuter sewa...
Day 1 (17 Jun 2014)
kami hanya bawa 14,200 thb sahaja. Kalau nak tau dalam currency malaysia..erm..korang kira la sendiri berdasarkan rate semasa.
Perjalanan kami bermula seawal 6.45 pagi ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Jiran sebelah tolong hantarkan, rumah dekat jer dengan airport lebih kurang 5km. Dalam 7 lebih kitorg dah sampai ke Airport dan terus masuk boarding hall. Malas nak tunggu kat luar lama-lama lagipun orang agak ramai pada pagi ni.
Selamat tiba di KLIA2 pada jam 9.30 pagi. Flight seterusnya ke Bangkok pada jam 11.30 pagi..Memandang gate agak dekat, tak ingat dah gate berapa dan tak perlu melalui skybridge ...kami lepak sebentar di Cuizzine by Rasa (x ingat dah spell mcm mana huhuhuhu). Minum jus buah yang berharga RM5.
Perut agak lapar tapi sebab dah booking Nasik Lemak Pak Nasir..so..minum jer la dulu nak hilangkan lapar...best plak jus ni..tapi jus ni tak sepekat jus buah di Indonesia...
Lebih kurang pukul 10.00 lebih kami terus ker International Departure..kali ini tak sangka ada 2 kali security check..selama ini aku tak penah pun tanggalkan jam tangan..tapi kali ini diarahkan kena tanggalkan jam lagi kesian....cik suamiku sbb dia kena tanggalkan tali pinggang 2 kali.
Nak masuk ke boarding room gate xx. Ground staff airasia akan check boarding pass dan passport korang..so.bila flight dah ready..kita boleh terus beratur untuk masuk ke dalam pesawat.
Alhamdulillah, selamat touchdown di Don Mueang International Airport pada pukul 12.50 tengahari. Kami terus carik teksi untuk ke Kacha Resort. Korang jangan terpengaruh dengan promoter travel agent yang panggil² tu..kami ingatkan yang tu la aiprot teksi..skali tgk rate yg diorg offer 500thb/600thb untuk ke Kacha Resort..sedangkan resort tu cuma 10km jer dari airport. Kemudian, suamiku nampak ader signage teksi di kawasan domestic departure..terus pegi situ..beratur untuk ambil giliran teksi. Di sini..kita boleh pilih mana-mana barisan/line yang pendek..nanti sampai turn kita..staf kat situ akan bagi isyarat mana teksi kita.
Dah dapat teksi, masalah bahasa pulak..hahahahha..mmg betul la..Thailand dan Malaysia..mcm cakap ayam dan itik. Pemandu teksi tak faham sepatah haram pun bahasa inggeris. Kami tunjuk voucher hotel booking. Nasib baik kat situ ader alamat (dalam tulisan thai) dan jugak nombor telefon hotel. Pemandu teksi terus call nombor yang tertera kat voucher tu..Caj yang dikenakan ialah dalam 160thb. Okey..agak reasonable sebab teksi daripada aiport.
Kami sambut mesra oleh staf Kacha Resort, terus diorg tanya esok flight pukul berapa..macam tau-tau jer..org yang duk sini mesti nak rushing ke airport esok pagi...kami mintak diog booking teksi pukul 8.00 pagi dah jugak utk 15 minit lagi sbb lepas check in solat kitorg akan ke MBK dan Terminal 21. Kami naik teksi dari Hotel ke Stesen BTS Mochit. Caj yang dikenakan ialah 140thb saja...make sure bagitau pada driver teksi BTS Mo Chit yer..
Maps Sukumvit Line..untuk panduan
Dari Mo Chit kami ke BTS Siam. Tambang dalam 42thb. Tiket BTS adalah berbentuk token. Token boleh dibeli melalui mesin ataupun di kaunter. Hanya "COINS'' sahaja diterima jika membeli token melalui mesin. Walau bagaimanapun, kita boleh menukarkan wang kertas di kaunter. Di Stesen Siam, terdapat beberapa shopping complex seperti Siam Paragon, Siam Discovery, Siam Center dan lain-lain..
Untuk ke MBK Shopping Center, kami menukar laluan dari Siam ke National Stadium dengan menggunakan BTS Si Lom Line. MBK Shopping Centre memang sesuai sekiranya nak shopping buah tangan di sini. Sebagaimana blogger-blogger memaklumkan MBK ni mmg seperti Sungai Wang Plaza. T-shirt utk souvinier pun murah kat sini..tujuan aku ke sini sbb nak redeem free t-shirt for tourist. Hanya tunjukkan passport tulis nama dan emel.Satu passport untuk satu helai t-shirt sahaja...
Selesai di MBK kami menuju ke Terminal 21, dari National Stadium dan berhenti di Sala Daeng. Hajat di hati nak jalan-jalan di area Si Lom tapi tak berkesempatan. Di Stesen Sala Daeng kami interchange kepada MRT Route dan berhenti di Sukhumvit/Asok. Dari sini boleh terus ke Terminal 21.
Waaaahhh...sangat-sangat menarik di Terminal 21. Setiap level diperkenalkan dengan dengan konsep berbeza mengikut negara seperti London, Istanbul dan lain-lain lagi.
Sempat lagi main game di level atas sekali. 20thb untuk 20 minit.
comel budak ni....
Kami makan di Manhattan Fish Market. Restoren ini sahaja yang kami yakin served makanan yang tidak bercampur 'babi'. Tambahan pula, ada beberapa pelancong dari Arab turut menjamu selera di sini. Kos makan di sini 500thb sahaja. Ok..Harga not bad..jom pulang ke hotel.
Selesai makan di Terminal 21, kami jalan-jalan di setiap level dan terus pulang ke Stesen Mo Chit, kali ini BTS agak padat..sebab waktu orang pulang dari kerja dan sekolah. Lawa-lawa la orang siam ni...wangi-wangi pulak tu..(diakui oleh hubby).
Tiba di Mo Chit kami terus tahan teksi untuk ke Kacha Resort..nasib baik pihak hotel bagi flyer hotel yang ada alamat dan maps hotel. kalo tak berkampung la kami kat Mo chit tu...
Selamat tiba di Kacha Resort dalam pukul 9.00 malam..rehat dan tidur...
End of day 1.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment