Hubby awal-awal pagi dah bangun dalam pukul 4.30 pagi..aku ni kul 5.30 pagi baru bangun (kalo waktu malaysia 6.30 pagi)..setelah bersiap kami terus turun ke bawah mana tahu kalu kopitiam sebelah hotel ni dah beroperasi atau belum...rupa-rupanya diorg baru nak mengemas, mengemop lantai....hmmm belum beroperasi lagi..sekarang baru pukul 6.30 pagi. Kopitiam ni bukak pukul 7.00 pagi..lewatnyer..
Bergambar jap dalam hotel ni..hehe
Bilik kami...204
Memandangkan kopitiam belum bukak lagi..takkan nak tunggu jer..lebih baik carik alternatif lain..kami terus keluar dari hotel dan carik teksi @ angkutan untuk ke Tanah Abang. Kami naik angkutan..driver angkutan bgtau dia tak lalu kawasan Tanah Abang tapi dia boleh drop kitorg di Mangga Besar. Kemudian dari situ kami boleh naik angkutan lain bernombor 8 untuk ke Tanah Abang. Turun di jalan Mangga Besar, kitorg nampak satu cafe..apa lagi boleh la breakfast kat situ..cafe tu pun nampak baru jer bukak..
Dalam Cafe Heniz sementara menunggu hidangan breakfast
Jus Kedondong..pekat dan sedap..i like it!!..
Nasi Sapi Lada Hitam
Aku order nasi goreng special (special tu sbb tambah telur)
Perut pun dah kenyang so..boleh la sambung aktiviti penjelajahan ke Tanah Abang..kami berjalan ke kiri kedai dalam jarak lebih kurang 50 meter..nampak angkutan nombor 8. Terus naik ..eh silap..hubby tanya dulu driver tu pegi TA tak..ader sorg penumpang dalam angkutan tu tlg jawabkan 'yer, angkutan ni ke Tanah Abang'..terus naik..hehhe...kebetulan kat dalam tu ader jugak sorg penumpang yang bekerja di dalam Pasar TA, Blok A..dia tlg tunjukkan jalan. 'mekasih ya...karena tunjukkan pasar TA kepada kami..
Di TA pembelian perlu dibuat dlm kuantiti lebih dari satu..kalu beli 1 harga lain..kalo 2 harga lain..dan seterusnya...ialah sbb TA rupanya pasar pusat jualan secara borong...kat sini saya hanya beli 3 helai blouse, 2 kemeja dan 2 telekung..semua sekali dalam 600.000rp. Macam mahal jek..huhuh...huhu..lepas tu..kami terus carik jalan keluar dari TA. Sesat tak tahu mana jalan keluar...sib baik tanya budak 'potter' kat situ...
Di TA ni..kalu di tingkat tingkat atas
Keluar dari pasar kami plan nak ke Grand Indonesia..nak ke sana kami perlu naik angkutan no. 3 ke Thamrin City..masuk Thamrin city-Busana Muslimah....pastu jumpa restoren D'Cost..langsung minum jus kat sini..hehehe
Dalam Resto d'cost
Bangunan Thamrin City..kalo tak silap sekali dengan Hotel Amaris thamrin City
Dah hilang dahaga..kami terus ke Plaza Grand Indonesia
Pandangan dari Tingkat 8, Plaza Grand Indonesia
Dalam Toilet
Toilet Wanita
Toilet Pria bersama modelnya
Model makanan..haha
Dah abis jalan-jalan dalam Grand Indonesia kami terus keluar ke destinasi seterusnya iaitu Ancol World dan Tugu Monas. Sebelum ke Ancol, kami pulang dulu ke Hotel untuk simpan hasil tangkapan dari Tanah Abang. Tambang teksi Bluebird dari Grand Indonesia ke Tune Hotel hanya 25.000 rp.
Kami keluar semula dan jalan kaki untuk mencari bajaj @ angkutan untuk ke Mangga Dua..kebetulan ada sebuah bas lalu di situ dan konduktor bas tanya kami "mau ke mana?"..kami bgtau "mau ke Mangga Dua"..beberapa orang dalam bas berkenaan mengarahkan kami menaiki bas berkenaan kerana bas tersebut akan melalui hadapan Mangga Dua Square. Tambang bas cuma 2.000rp seorang sahaja.
Tujuan kami ke Mangga Dua adalah untuk makan tengahari di Restoren D'Cost..rupanya restoren tersebut di WTC Mangga Dua. Di Mangga Dua Square x de. WTC Mangga Dua bersebelahan Mangga Dua Square. Tetapi kami terpaksa melintasi lalulintas yang amat padat...huhuh...sewaktu melintas jalan tersebut..aku terpandang beberapa orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 3-4 tahun berada di tepi jalan tersebut. Terdetik dalam fikiran siapakan kanak-kanak ini?apa mereka buat di sini? siapa ibu bapa mereka? Rupa-rupanya kanak² ini bergelandangan di kawasan tersebut. Apabila kenderaan berhenti disitu menunggu lampu isyarat mereka menghampiri kenderaan dan mengetuk cermin kereta untuk meminta sedekah. Kesiannya..sepatutnya mereka berada di bangku sekolah ataupun kindergarten..tetapi mereka terpaksa meminta sedekah untuk mengalas perut...sedeynya...sob..sob..muhasabah diri kejap...
Sebaik sampai ke WTC Mangga Dua..terus kami nampak Restoren D'Cost..apa lagi order makan tengahari..
Usai makan tengahari kami menahan sebuah angkutan kota untuk ke Ancol World. Tambang angkutan dari Mangga Dua ke Ancol World cuma 2.000rp seorang. Tiket masuk ke Ancol World 15.000rp seorang.
Tugu Monumen Nasional (Monas) merupakan salah satu produk kebanggaan Indonesians kerana dipercayai di atas tugu tersebut terdapat emas......akan sambung semula. Lagi satu...tak sah kalau tak ke sini kalo dah sampe Jakarta..hehehe..
Dari Tugu Monas kami pulang ke hotel dengan menaiki Bajaj dengan tambang sebanyak 15.000 rp. Mahal sebenarnya tu..kalau naik teksi Bluebird pun boleh dapat harga yang lebih kurang sama. Tak aper la..kira sedekat pada diorg yang nak carik makan.(ayat biasa my hb)..
Di bawah ini adalah bajaj. Gambar ambil dari website ini ....Picture taken by Jonathan McIntosh .
Aku ada snap gambar bajaj untuk diletak dalam belog ini tetapi telah di'delete' oleh suamiku...huhuuuhu..gambar kereta buruk wat aper simpan katanya..
Setelah pulang dari tugu Monas terasa dahaga pulak. Singgah jap di Kopitiam Oey. Minum es teh manis dan Pisang Goreng Coklat berkeju..sedap...boleh try buat kat rumah nanti..
Makan malam pulak..masih di Cafe sama (terpaksa sebab ini jer cafe yang terdekat)..nak jalan kaki malam-malam pun tak selesa sebab banyak sangat kenderaan dan berhabuk.
Es Milo Dinosorus (Milo ais + Cream + Syrup Strawberry)
Menu malam hb - Mee Kepiting (Mee Ketam) x de rupa ketam pun kat lam mangkuk tu..
Roti Prata Pisang + susu + coklat..manis banget yukk..
Malam..dah tak ada aktiviti sebab esok kena bangun seawal 4.00 pagi. Dah booking teksi bluebird pukul 5.00 pagi untuk ke Stasiun Gambir.
Alhamdulillah...End of Day 2......
No comments:
Post a Comment