1. Ayam Bakar Simple
Resepi Ayam Bakar Simple :
Bahan-bahannya :
sedikit lada hitam
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 ketul kiub ayam
2 s/b sos tiram
2 s/b kicap pekat
2 s/b mayonis
500gm ayam
Cara-caranya :
1. Tumbuk bawang lada hitam bersama bawang putih,halia dan kiub ayam.(kalo suka masin blh tambah garam kasar sikit)
2. Bila dan hancur semuanya campurkan dengan sos tiram, kicap serta mayonis dan perap bersama ayam selama 5-10 minit.
3. Kemudian bakar dlm oven sehingga masak.
2. Sup Tulang
Bahan-Bahan yang diperlukan
Tulang Lembu 1kg
Air 2 litre @ lebih ikut suka hati
Garam kasar
1.5 inci halia
4@5 biji bawang kecil / 1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
1 btg Kulit kayu manis
biji buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
minyak untuk menumis
Cara-caranya :
1. Mula-mula rebus tulang bersama sedikit garam selama 1 jam - 2 jam dengan api yang sederhana.tambah air lagi sekiranya perlu.
2. Bila daging dah empuk..boleh mulakan operasi menumis.
3. Kisar bawang merah, bawah putih, halia bersama lada hitam.(lada hitam ditumbuk terlebih dahulu.
4. Tumis bahan kisar tadi sehingga bau harum kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk yang berisi tulang tadi
5. Masukkan sekali bahan seperti kulit kayu manis, cengkih,garam kasar dsbgnya...
6. Biarkan bahan tadi mendidih selama 15-20 minit agar ianya serasi dengan air rebusan tulang dan juga tulang
7. Siap untuk dihidangkan. Tambahkan daun parsley/sup dan juga bawang goreng untuk hiasan dan bau yang lebih memikat.
3. Mackerel steak with white sauce
4. Grilled chicken with Black Pepper