Wednesday, September 19, 2012

Jakarta - Bandung (Part III)

Alhamdulillah..lena tidur dengan berulitkan kipas siling (aircond x ambik-nak jimat punya pasal)...pukul 4.00 pagi dah tersedar dari tidur walaupun alarm henpon disetkan pukul 4.30 pagi. Dalam pukul 4.45 kami dah siap dan terus turun ke lobi di tingkat bawah. Nasib baik..teksi yang kami booking dah pun tunggu kitorg...nyaman dan dingin jer waktu pagi..orang pun tak ramai lagi...kami tiba di Stasiun Gambir pada jam 5.15 pagi.

Sampai di Stasiun korang kena kenalpasti nama kereta api yang akan korang naik tu...dan ikut sebagaimana arahan pada papan tanda yang tertera ya..Sebab ada beberapa keretapi akan melalui stesen ini..kang tersilap sampai ke tempat lain pulak...kan dah spoil mood melancong..heheheh...Oleh itu..rajin-rajin lah bertanya..(pesanan penaja untuk diriku)

Peta laluan kereta api

Salah satu kereta api ..tak ingat dah nama apa..

Kereta Api Argo Parahyangan turut menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman. Penumpang akan dilayan oleh Pramugara dan Pramugari. dalam kereta api ni kita makan dulu..dah habis makan dalam sejam kemudian baru diorg ambil bayaran (Macamana agaknya kalo berlaku prang tu x cukup duit nak byr harga makanan??heheheh)...

Untuk breakfast kami order...Nasi Goreng Parahyangan...(menu breakfast-x de pilihan lain) harganya 15.000rp...Murah la sebab dihidang dengan menggunakan pinggan kaca dan juga sudu/garfu besi..bukan seperti dalam flight..dalam bekas tecik dan sudu plastik..huhuhuh..


Selesai makan...aku tertido..tak sempat nak tengok pemandangan cantik..huhuhu...Kami tiba di Stasiun Bandung pada jam 9.00 pagi...keluar dari gerabak..kami keliru jap..ada 2 exit..iaitu utara dan selatan. Hb sempat call K Long..diorg tgu di exit utara rupanya..keluar jer terus nampak k long dan supirnya yang kami panggil Pak Osman.

Kami terus ke Pasar Baru. Pak Osman cuma drop kami di depan pintu masuk Pasar Baru...orang ramai dah mula banjiri pasar ini dengan aktiviti masing-masing....




Berikut ialah rupa en. Husb. ku yang tersayang yang dalam mood 'tak puas hati' sebab daku telah memborong 12 helai kain sulam..berat dia kena bawak...huhu..sorry dear....kengkawan kirim



Membeli di sini agak berbeza dengan Pasar Tanah Abang..Di sini kami sentiasa dihampiri penjual cenderahati. Agak mengganggu kondisi aku untuk fokus pada acara dan aktiviti shopping..hehehehe...aku cuma jawab 'udah beli'..huhu..belajar dari pengalaman di Bali.

Selesai di Pasar Baru...kami ke Rumah Mode... x mau cerita panjang..nak letak gambar jer.....



Berikut ialah rupa en. Husb ku yang dah ceria sikit sebab beliau telah membuat beberapa tangkapan iaitu 3 helai seluar panjang dan beberapa helai kemeja...

kebanyakkan pengunjung adalah orang Jakarta...'orang kaya Jakarta'..

Sebenarnya..x boleh ambil gambar dalam kedai ini..aku tak tau pun..ni pun snap guna henpon...biler dh kuar dari toko ni baru perasan ader notis....

Ni..gambar dari luar Rumah Mode..tunggu k long kat luar..kalo tgu kat dalam harus bertambah lagi rampasan barang²..heheheh...



Tak sah kalo tak bergambar kat depan nih...:)

Masih lagi di Rumah Mode - Tempat barangan kulit..handbag, wallet dan jugak kasut..tapi pilihan agak terhad...

Sedang menelek wallet Braun Buffel...hahaha..x mampoo..


Di sini ader disediakan kemudahan tempat solat atau Musholla..so..korang kalo dah membeli tu..boleh la ke Musholla..shoping² pun kena ingat solat jugak..walaupun kita musafir...(peringatan untuk diriku yang lemah ini)


Selepas shopping di Rumah Mode..kami makan tengahari di Resto. Sangkuriang..restoren yang menghidangkan masakan sunda..order secara ala carte..so pilih la mana yang berkenan di hati..bagiku..makanan di restoren ini sedap dan menepati citarasa kami...


Ikan Nila Goreng (Ikan Gurame dah abisss....)

Cumi goreng Tepung a.k.a Sotong Celup Tepung (versi Ganu)


Sementara menunggu hidangan kami solat di Musholla restoren ini. Telekung pun turut disediakan...Banyak jugak K Long order lauk...tapi cost semua dalam rm60.++. Lupa plak exact amount sebab k long yang belanja makan tengahari ni..mekaseh k Long..next time kalo ke bandung kami belanja k long pulak...

Selesai makan..kami ke Toko 3...orang kata kat sini diorg jual Jeans Levi's dengan harga yang lebih murah dari Malaysia..aku tak reti nak bezakan sebab tak penah pakai jeans levis apa lagi yang original..Kat sini sempat tangkap 2 jeans levis (thanks to my husb. sebab sudi belikan jeans levi's) dan satu blouse esprit..





Di belakang tu..tukang jahit Levi's yang setia....tak lupa juga rupa en. husb ku yang semakin ceria sebab berjaya membeli sehelai jeans levi's..

Selepas Toko 3 kami ke Terminal Tas..dan Outlet ForMen...kemudian balik ke Hotel untuk rehatkan diri....di Bandung kami menginap di Hotel Amaris terletak di Jalan Cihampelas. Hotel ini berdekatan dengan Mall Cihampelas Walk

Sebelum tidur..buat semakan terhadap hasil belian ...tadaaa....


End of Day 3..



No comments: