Monday, December 05, 2016

Tanaman Rumput Halaman Rumah

Sejak berpindah ke rumah baru belum sempat nak touch up apa-apa... tiap-tiap hari bila balik kerja tengok semak jer kat halaman rumah..memang menyakitkan mata Gambar-gambar sebelum kerja-kerja merumput dilaksanakan..
Kerja-kerja mencabut rumput dan pokok liar yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan :
Halaman dah clear..yeay..yeay..yeay...
Kerja-kerja penanaman rumput sedang berjalan
gambar rumput yang siap sepenuhnya belum sempat nak snap..hahahha..asyik hujan jer..nak shoot gambar terbaik pun tak jadi.. kos yang terlibat ialah : 1. Upah pekerja (RM70 sehari/Seorang) : RM70 x 2 orang x 3 hari : RM420 2. Rumput (Keluasan tanah 423 kaki persegi x RM3.00) : RM1,269.00 Jumlah keseluruhan ialah RM1,689.00 (diskaun RM9.00) so.. total yang kami byr ialah RM1,680.00 bagi kami kos yang dibayar adalah berpatutan. Khidmat tanaman rumput ini kami gunakan nursery di Padang Machang, Manir (Ropie) nama tokey dia..mmg servis yang bagus..pekerja dia pun berpengalaman..In Sha Allah..kami akan buat tanaman rumput lagi di halaman belakang tapi kena tunggu kerja pemasangan bumbung tambahan siap dulu..kalau tak nanti habis hancur rumput kami..