Monday, June 23, 2014

Percutian ke Bangkok - Krabi Part I


Rupa-rupanya hampir 2 tahun tak update blog ni..memang hangat-hangat tahik ayam...hahhahaha..

Kali ini aku nak berkongsi pengalaman percutian kali kedua bagi tahun 2014 iaitu Bangkok - Krabi. Awal tahun hari tu pergi Singapore...nanti aku akan update about Singapore.

Travel Date : 17 June - 21 June 2014
Accomodation :
Bangkok ( Kacha Resort) Rate RM50/malam
Krabi (Aonang Paradise Resort Hotel) Rate RM115/malam

Travel Buddy : My soulmate

Logistics : Teksi, Bus, BTS Skytrain, MRT, Kereta sewa dan skuter sewa...

Day 1 (17 Jun 2014)
kami hanya bawa 14,200 thb sahaja. Kalau nak tau dalam currency malaysia..erm..korang kira la sendiri berdasarkan rate semasa.

Perjalanan kami bermula seawal 6.45 pagi ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Jiran sebelah tolong hantarkan, rumah dekat jer dengan airport lebih kurang 5km. Dalam 7 lebih kitorg dah sampai ke Airport dan terus masuk boarding hall. Malas nak tunggu kat luar lama-lama lagipun orang agak ramai pada pagi ni.

Selamat tiba di KLIA2 pada jam 9.30 pagi. Flight seterusnya ke Bangkok pada jam 11.30 pagi..Memandang gate agak dekat, tak ingat dah gate berapa dan tak perlu melalui skybridge ...kami lepak sebentar di Cuizzine by Rasa (x ingat dah spell mcm mana huhuhuhu). Minum jus buah yang berharga RM5.





Perut agak lapar tapi sebab dah booking Nasik Lemak Pak Nasir..so..minum jer la dulu nak hilangkan lapar...best plak jus ni..tapi jus ni tak sepekat jus buah di Indonesia...

Lebih kurang pukul 10.00 lebih kami terus ker International Departure..kali ini tak sangka ada 2 kali security check..selama ini aku tak penah pun tanggalkan jam tangan..tapi kali ini diarahkan kena tanggalkan jam lagi kesian....cik suamiku sbb dia kena tanggalkan tali pinggang 2 kali.

Nak masuk ke boarding room gate xx. Ground staff airasia akan check boarding pass dan passport korang..so.bila flight dah ready..kita boleh terus beratur untuk masuk ke dalam pesawat.

Alhamdulillah, selamat touchdown di Don Mueang International Airport pada pukul 12.50 tengahari. Kami terus carik teksi untuk ke Kacha Resort. Korang jangan terpengaruh dengan promoter travel agent yang panggil² tu..kami ingatkan yang tu la aiprot teksi..skali tgk rate yg diorg offer 500thb/600thb untuk ke Kacha Resort..sedangkan resort tu cuma 10km jer dari airport. Kemudian, suamiku nampak ader signage teksi di kawasan domestic departure..terus pegi situ..beratur untuk ambil giliran teksi. Di sini..kita boleh pilih mana-mana barisan/line yang pendek..nanti sampai turn kita..staf kat situ akan bagi isyarat mana teksi kita.

Dah dapat teksi, masalah bahasa pulak..hahahahha..mmg betul la..Thailand dan Malaysia..mcm cakap ayam dan itik. Pemandu teksi tak faham sepatah haram pun bahasa inggeris. Kami tunjuk voucher hotel booking. Nasib baik kat situ ader alamat (dalam tulisan thai) dan jugak nombor telefon hotel. Pemandu teksi terus call nombor yang tertera kat voucher tu..Caj yang dikenakan ialah dalam 160thb. Okey..agak reasonable sebab teksi daripada aiport.

Kami sambut mesra oleh staf Kacha Resort, terus diorg tanya esok flight pukul berapa..macam tau-tau jer..org yang duk sini mesti nak rushing ke airport esok pagi...kami mintak diog booking teksi pukul 8.00 pagi dah jugak utk 15 minit lagi sbb lepas check in solat kitorg akan ke MBK dan Terminal 21. Kami naik teksi dari Hotel ke Stesen BTS Mochit. Caj yang dikenakan ialah 140thb saja...make sure bagitau pada driver teksi BTS Mo Chit yer..

Maps Sukumvit Line..untuk panduan


Dari Mo Chit kami ke BTS Siam. Tambang dalam 42thb. Tiket BTS adalah berbentuk token. Token boleh dibeli melalui mesin ataupun di kaunter. Hanya "COINS'' sahaja diterima jika membeli token melalui mesin. Walau bagaimanapun, kita boleh menukarkan wang kertas di kaunter. Di Stesen Siam, terdapat beberapa shopping complex seperti Siam Paragon, Siam Discovery, Siam Center dan lain-lain..




Untuk ke MBK Shopping Center, kami menukar laluan dari Siam ke National Stadium dengan menggunakan BTS Si Lom Line. MBK Shopping Centre memang sesuai sekiranya nak shopping buah tangan di sini. Sebagaimana blogger-blogger memaklumkan MBK ni mmg seperti Sungai Wang Plaza. T-shirt utk souvinier pun murah kat sini..tujuan aku ke sini sbb nak redeem free t-shirt for tourist. Hanya tunjukkan passport tulis nama dan emel.Satu passport untuk satu helai t-shirt sahaja...



  
Selesai di MBK kami menuju ke Terminal 21, dari National Stadium dan berhenti di Sala Daeng. Hajat di hati nak jalan-jalan di area Si Lom tapi tak berkesempatan. Di Stesen Sala Daeng kami interchange kepada MRT Route dan berhenti di Sukhumvit/Asok. Dari sini boleh terus ke Terminal 21.


Waaaahhh...sangat-sangat menarik di Terminal 21. Setiap level diperkenalkan dengan dengan konsep berbeza mengikut negara seperti London, Istanbul dan lain-lain lagi.

Sempat lagi main game di level atas sekali. 20thb untuk 20 minit.




comel budak ni....

Kami makan di Manhattan Fish Market. Restoren ini sahaja yang kami yakin served makanan yang tidak bercampur 'babi'. Tambahan pula, ada beberapa pelancong dari Arab turut menjamu selera di sini. Kos makan di sini 500thb sahaja. Ok..Harga not bad..jom pulang ke hotel.




Selesai makan di Terminal 21, kami jalan-jalan di setiap level dan terus pulang ke Stesen Mo Chit, kali ini BTS agak padat..sebab waktu orang pulang dari kerja dan sekolah. Lawa-lawa la orang siam ni...wangi-wangi pulak tu..(diakui oleh hubby).

Tiba di Mo Chit kami terus tahan teksi untuk ke Kacha Resort..nasib baik pihak hotel bagi flyer hotel yang ada alamat dan maps hotel. kalo tak berkampung la kami kat Mo chit tu...

Selamat tiba di Kacha Resort dalam pukul 9.00 malam..rehat dan tidur...

End of day 1.....










 
    




Sunday, September 23, 2012

Jakarta - Bandung (Finale)


Hari terakhir kami di Jakarta...ialah pada 16 September 2012...bersamaan sambuatn Hari Malaysia...
snap beberapa keping gambar sebelum check out...

Beg kami setelah packing...yang keempat tu beg baru Bandung Mari....



Kami turun ke bawah pada jam 8.00 pagi...teksi pun dah tunggu kitorang...kami mintak driver teksi bawak kami jalan-jalan di sekitar Jakarta ni dulu sebelum ke Bandara. Hari ahad..kereta dan motor agak kurang..kami berhajat nak ke Masjid Istiqlal tetapi ada majlis diadakan di masjid tersebut..laluan masuk ke masjid tersebut agak macet..oleh itu, cancel pegi situ..pastu driver teksi bawak kami melalui Presidential Palace dan juga Jalan Sudirman tempat jualan barang-barang antik, exotic dan juga secondhand...

Antara salah satu pintu masuk Masjid Istiqlal..

Presidential Palace


Jalan Sudirman, tempat jualan barangan antik

Dalam teksi Bluebird...kalo booking by phone minimum charge is Rp30.000. walaupun destinasi dekat jer...kalo korang tahan tengah jalan atau di stasiun ker caj adalah serendah Rp 10.000 - Rp15.000.


Dari maklumat beberapa orang pemandu teksi Bluebird di sini terdapat satu lagi tempat shopping yang murah di sini iaitu Kelapa Gading Mall..hhmmm..mungkin di masa akan datang kami akan ke situ pulak...

Kami tiba di bandara pada jam 10.00 pagi.....terus kami ke kaunter untuk drop luggage kami. Nasib baik tak ada excess baggage...kurang ader la..rugi²..patutnya kena borong lagi nih.....hehehehhehe

Selesai bab luggage kami mencari tempat untuk bersarapan..kami ke tingkat satu ..di sini ada beberapa resto pilihan western atau tradisional Indonesia.....lidah kami masih lagi nak merasa masakan indonesia...oleh itu kami pilih Resto Laras..alamak..picture restoren ni dah kena delete onleh incik suamiku...;(

Dalam tandas...paham-paham jer la yek..Jaga Kebersihan


Restoren Laras terletak bersebelahan dengan BASO INO..gambar x de..

Dalam Restoren Laras..sedang menunggu makanan


Menu yang  aku order iaitu 'Nasi Ayam Penyet'

Yang ini pulak menu yang hubby order 'Nasi Uduk'

Tambahan lauk..'rendang daging'..seketul ni harga ....rp...tetapi sedap banget...tak boleh lupa rasanya...

Tengok ada 3 gelas air..huhuhu...aku ler tu dah order markisa...tapi tak puas hati...order pulak jus Alpokat...pastu kenyang yang amat...

Ini ialah Kopi Luwak..eeeeiiii...tak sanggup...

Sekali lagi lepak jap di salah satu cafe yang berdekatan dengan boarding hall...beli curry puff dan juga roti..dan air ais lemon tea...'waduhhhh..makan lagi'...Pukul 12.30 kami masuk ke dalam..



Selesai trip kami di Jakarta dan juga Bandung....kami amat-amat rindukan masakan di sana...InsyaAllah..kalau ada rezeki yang lebih dan juga masa..kami akan ke sini semula dengan trip yang sama Jakarta - Bandung via Argo Parahyangan...cuma masa tu akan extend lebih lama...5D4N macam tak cukup pulak..hehehe....

Friday, September 21, 2012

Jakarta - Bandung (Part IV)



Hari ke Ke-4 atau hari terakhir kami berada di Bandung...

Awal-awal pagi dah bangun dan breakfast. Menu breakfast okey la..macam biasa menu nasi mesti ada di Indonesia ini.Antara breakfast yang disediakan ialah Nasi, Mee Goreng, Bubur Nasi, Telur Omellete, Buah-Buahan...dan 3 jenis..Kopi, Jus dan Air Putih..

".aku bisa merasakan kebrontokan yang berlaku di dalam diriku..kapan lagi aku akan kemari...bisa??..enggak bisa??...waduhhh....brengset!!!!....berrani loo....udah mau melawan cakap gue...udah ku katakan bisa masak gulai masukkan tempe..mengangapa kau engkar???...tengok apa sudah jadi??...aku sudah termakan makanan yang tak sepatutnya...akibatnya...aku cirit birit.....waduhh!!..waduh!!....."..

Dialog di atas ialah pesanan penaja berbayar dari Company Suamiku Ptd Ltd..

Selesai makan..kami lepak sebentar di ruang lobi..plan nak jalan-jalan di sekitar jalan cihampelas dan ke Cihampelas Walk @ orang tempatan menggelarkannya 'Ciwak'.

Kedai masih lagi belum  bukak..bergambar lar jap...






ATM yang terdapat di sini...


Kedai di sini buka pukul 10.00 pagi..waduh..lamanyer kena tggu..10.00 waktu Indonesia bersamaan pukul 11.00 pagi di Malaysia...

Sementara ada masa lagi...kami sempat buat treatment rambut di salah satu salon yang terdapat di dalam mall ini. Murah sangat kos untuk treatment-creambath cuma 38.000rp @ lebi kurang RM13. Weeei...kalo kat Malaysia tu kos untuk potong rambut jer.....

Lama jugak diorang massage..bestnyer...rasa nak repeat lagi...aktiviti ini selesai dalam pukul 11.30 pagi...apa lagi kami bergegas pulang hotel..check out pukul 12.00  pastu kami pun dah booking teksi pukul 12.00 gak...  

Sampai hotel..kemas apa yang patut..teksi pun dah tunggu kami. Kami ke Bandara dulu untuk hantar k long. Flight k long dalam pukul 2.30 petang. Pastu..kami plak driver teksi drop kami di Stasiun Bandung. Memandangkan beg pun dah beranak jadik 3 beradik..kami plak plan nak jalan kaki ke kedai Kartika Sari..kami letak beg ini di tempat simpanan beg @ lokar. Kemudahan lokar disediakan di pintu masuk selatan. That means..kami kena seberang lintasan keretapi untuk ke pintu selatan. Caj simpanan beg ialah 3.000rp untuk satu beg. Dah selesai pasal beg, kami keluar semula dari kawasan stasiun untuk ke Kartika Sari.

Apabila sampai ke Kartika Sari ramai jugak pelanggan yang sedang memilih kek..aku beli beberapa jenis sahaja..yang besar satu..pastu 2 kek kecik dan satu lagi tart buah (untuk makan dalam kereta api)





hubby tengah order ais krim..aku ambik ais krim durian..sebab kepingin sangat dengan ais krim durian di jalanan...

Selesai di Kartika Sari kami ke Stasiun semula...tgu di departure hall. Kereta api kami akan berangkat pada jam 4.30 petang....lambat lagi...nasib baik ader wifi free..boleh jugak melayari internet...

Gambar di bawah ialah pramugari Argo Parahyangan..tengah ambik order...

Nasi Goreng Special (Special sebab ada Ayam Goreng)...

..Lupa plak nama....tetapi kat atas tu pastri dan di dalamnya ialah sup cream..


Sampai di hotel terus kami packing beg..risau takut tak cukup beg..untuk check in luggage. Alhamdulillah semua muat dalam 3 beg..selepas selesai semuanya kami turun ke bawah untuk minum malam terakhir di kota Jakarta...


Menu terakhir di cafe ini...



End of Day 4....