Tuesday, September 18, 2012

Jakarta - Bandung (Part II)

Bahagian Dua ( Day 2)

Hubby awal-awal pagi dah bangun dalam pukul 4.30 pagi..aku ni kul 5.30 pagi baru bangun (kalo waktu malaysia 6.30 pagi)..setelah bersiap kami terus turun ke bawah mana tahu kalu kopitiam sebelah hotel ni dah beroperasi atau belum...rupa-rupanya diorg baru nak mengemas, mengemop lantai....hmmm belum beroperasi lagi..sekarang baru pukul 6.30 pagi. Kopitiam ni bukak pukul 7.00 pagi..lewatnyer..

Bergambar jap dalam hotel ni..hehe

Bilik kami...204




Memandangkan kopitiam belum bukak lagi..takkan nak tunggu jer..lebih baik carik alternatif lain..kami terus keluar dari hotel dan carik teksi @ angkutan untuk ke Tanah Abang. Kami naik angkutan..driver angkutan bgtau dia tak lalu kawasan Tanah Abang tapi dia boleh drop kitorg di Mangga Besar. Kemudian dari situ kami boleh naik angkutan lain bernombor 8 untuk ke Tanah Abang. Turun di jalan Mangga Besar, kitorg nampak satu cafe..apa lagi boleh la breakfast kat situ..cafe tu pun nampak baru jer bukak..

Dalam Cafe Heniz sementara menunggu hidangan breakfast


Jus Kedondong..pekat dan sedap..i like it!!..

Nasi Sapi Lada Hitam

Aku order nasi goreng special (special tu sbb tambah telur)

Perut pun dah kenyang so..boleh la sambung aktiviti penjelajahan ke Tanah Abang..kami berjalan ke kiri kedai dalam jarak lebih kurang 50 meter..nampak angkutan nombor 8. Terus naik ..eh silap..hubby tanya dulu driver tu pegi TA tak..ader sorg penumpang dalam angkutan tu tlg jawabkan 'yer, angkutan ni ke Tanah Abang'..terus naik..hehhe...kebetulan kat dalam tu ader jugak sorg penumpang yang bekerja di dalam Pasar TA, Blok A..dia tlg tunjukkan jalan. 'mekasih ya...karena tunjukkan pasar TA kepada kami..

Di TA pembelian perlu dibuat dlm kuantiti lebih dari satu..kalu beli 1 harga lain..kalo 2 harga lain..dan seterusnya...ialah sbb TA rupanya pasar pusat jualan secara borong...kat sini saya hanya beli 3 helai blouse, 2 kemeja dan 2 telekung..semua sekali dalam 600.000rp. Macam mahal jek..huhuh...huhu..lepas tu..kami terus carik jalan keluar dari TA. Sesat tak tahu mana jalan keluar...sib baik tanya budak 'potter' kat situ...

Di TA ni..kalu di tingkat tingkat atas 
Keluar dari pasar kami plan nak ke Grand Indonesia..nak ke sana kami perlu naik angkutan no. 3 ke Thamrin City..masuk Thamrin city-Busana Muslimah....pastu jumpa restoren D'Cost..langsung minum jus kat sini..hehehe

Dalam Resto d'cost
Bangunan Thamrin City..kalo tak silap sekali dengan Hotel Amaris thamrin City

Dah hilang dahaga..kami terus ke Plaza Grand Indonesia

 Pandangan dari Tingkat 8, Plaza Grand Indonesia
 



Dalam Toilet

 Toilet Wanita

Toilet Pria bersama modelnya

Model makanan..haha

Dah abis jalan-jalan dalam Grand Indonesia kami terus keluar ke destinasi seterusnya iaitu Ancol World dan Tugu Monas. Sebelum ke Ancol, kami pulang dulu ke Hotel untuk simpan hasil tangkapan dari Tanah Abang. Tambang teksi Bluebird dari Grand Indonesia ke Tune Hotel hanya 25.000 rp.

Kami keluar semula dan jalan kaki untuk mencari bajaj @ angkutan untuk ke Mangga Dua..kebetulan ada sebuah bas lalu di situ dan konduktor bas tanya kami "mau ke mana?"..kami bgtau "mau ke Mangga Dua"..beberapa orang dalam bas berkenaan mengarahkan kami menaiki bas berkenaan kerana bas tersebut akan melalui  hadapan Mangga Dua Square. Tambang bas cuma 2.000rp seorang sahaja.

Tujuan kami ke Mangga Dua adalah untuk makan tengahari di Restoren D'Cost..rupanya restoren tersebut di WTC Mangga Dua. Di Mangga Dua Square x de. WTC Mangga Dua bersebelahan Mangga Dua Square. Tetapi kami terpaksa melintasi lalulintas yang amat padat...huhuh...sewaktu melintas jalan tersebut..aku terpandang beberapa orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 3-4 tahun berada di tepi jalan tersebut. Terdetik dalam fikiran siapakan kanak-kanak ini?apa mereka buat di sini? siapa ibu bapa mereka? Rupa-rupanya kanak² ini bergelandangan di kawasan tersebut. Apabila kenderaan berhenti disitu menunggu lampu isyarat mereka menghampiri kenderaan dan mengetuk cermin kereta untuk meminta sedekah. Kesiannya..sepatutnya mereka berada di bangku sekolah ataupun kindergarten..tetapi mereka terpaksa meminta sedekah untuk mengalas perut...sedeynya...sob..sob..muhasabah diri kejap...

Sebaik sampai ke WTC Mangga Dua..terus kami nampak Restoren D'Cost..apa lagi order makan tengahari.. 




Usai makan tengahari kami menahan sebuah angkutan kota untuk ke Ancol World. Tambang angkutan dari Mangga Dua ke Ancol World cuma 2.000rp seorang. Tiket masuk ke Ancol World 15.000rp seorang.







Tugu Monumen Nasional (Monas) merupakan salah satu produk kebanggaan Indonesians kerana dipercayai di atas tugu tersebut terdapat emas......akan sambung semula. Lagi satu...tak sah kalau tak ke sini kalo dah sampe Jakarta..hehehe..



Dari Tugu Monas kami pulang ke hotel dengan menaiki Bajaj dengan tambang sebanyak 15.000 rp. Mahal sebenarnya tu..kalau naik teksi Bluebird pun boleh dapat harga yang lebih kurang sama. Tak aper la..kira sedekat pada diorg yang nak carik makan.(ayat biasa my hb)..

Di bawah ini adalah bajaj. Gambar ambil dari website ini ....Picture taken by Jonathan McIntosh .
Aku ada snap gambar bajaj untuk diletak dalam belog ini tetapi telah di'delete' oleh suamiku...huhuuuhu..gambar kereta buruk wat aper simpan katanya..


Setelah pulang dari tugu Monas terasa dahaga pulak. Singgah jap di Kopitiam Oey. Minum es teh manis dan Pisang Goreng Coklat berkeju..sedap...boleh try buat kat rumah nanti..





Makan malam pulak..masih di Cafe sama (terpaksa sebab ini jer cafe yang terdekat)..nak jalan kaki malam-malam pun tak selesa sebab banyak sangat kenderaan dan berhabuk.


Es Milo Dinosorus (Milo ais + Cream + Syrup Strawberry)

Menu malam hb - Mee Kepiting (Mee Ketam) x de rupa ketam pun kat lam mangkuk tu..

Roti Prata Pisang + susu + coklat..manis banget yukk..


Malam..dah tak ada aktiviti sebab esok kena bangun seawal 4.00 pagi. Dah booking teksi bluebird pukul 5.00 pagi untuk ke Stasiun Gambir.


Alhamdulillah...End of Day 2......

Jakarta - Bandung (Part I)

Bahagian Pertama...(Day 1)

Kami selamat tiba di Bandara International Soekarno Hatta pada jam 4.00 petang Waktu Indonesia Barat (WIB). Perjalanan dari KL ke Jakarta mengambil masa 2 jam sahaja. Sebaik tiba di airport terus kami mencari kaunter informasi untuk mendapat maklumat mengenai Bas Damri. Untuk membeli tiket bas Damri kami perlu ke Jalur tiga maksudnya di barisan /  line 3 di luar kawasan arrival. Di situ ada satu kaunter kecil.  Cuma bagitau jer nak ke Stasiun Gambir. Harga tiket 20.000 rp/ person. Tak sampai 10 minit Bas Damri ke destinasi Stasiun Gambir tiba. Seorang lelaki mungkin salah seorang crew Bas Damri menjerit 'Gambir!Gambir!'Gambir!'...so..aper lagi ayoh naik bas Damri....heheheh......untuk pengetahuan korang, bas ini akan lalu sekitar terminal 1 dan 2 dahulu untuk ambil penumpang sehingga penuh. Okey jugak tu..boleh kita tengok suasana kat terminal 1 dan 2. Ramainya umat manusia..kereta yang parkir di terminal 1/2 pun banyak... 

Ni Bas SP Bumi..jentera kami sewaktu keberangkatan ke Seremban

Bergambar jap di Soekarno Hatta

Teksi Cipaganti, Terminal 1/2

Teksi Bluebird

Perjalanan dari Bandara ke Stasiun Gambir mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kalau berlaku kemacetan tak tau la...berapa jam...

Tiba di Stasiun Gambir pukul 6.45 petang. Waktu itu, suasana dah pun gelap seperti jam 8.00 malam. Kami carik Kaunter Informasi untuk mendapatkan maklumat mengenai pembelian tiket coach ke Bandung. Untuk mendapatkan tiket ke Bandung kami perlu ke Loket Utara. Terkejut tengok kaunter penjualan tiket..ramainya orang..waduhh..gi mana nih...

Tetiba aku ternampak satu agency travel yang masih buka..terus saya ke situ untuk bertanya sekiranya boleh dapatkan tiket keretapi. Alhamdulillah boleh beli di situ tapi ada tambahan caj sebanyak 10.000 rp untuk satu hala. so semua sekali tambahan 40.000 rp. @ bersamaan RM13.25...huhu.okey lar tu..dari beratur panjang..dah tak larat den ni haa..:)

So...dapat lah tiket sebagai detail di bawah :

Kereta Api : Argo Parahyangan
Tujuan : Bandung
Tarikh : 14 September 2012
Masa : 5.50 pagi
Tiba : 9.01 pagi
Harga : 80.000 rp x 2 = 160.000 rp

Tujuan : Jakarta
Tarikh : 15 September 2012
Masa : 4.30 petang
Tiba : 7.30 petang
Harga : 90.000 rp x 2 = 180.000 rp

So..total semua skali : 340.000 rp. Sebenarnya, tiket dari Bandung ke Jakarta ader promosi harga dlm Rp55.000 tetapi seat berbeza..hmm..takper la..kami ambik yang tiket biasa..xkan nak duk jauh²..3 jam pulak tu tambahan lagi di tempat orang..honeymoon lah katakan...hehehe

Gambaraja berikut ialah Tiket Keretapi..

Selepas selesai pembelian tiket kami terus keluar dari terminal stasiun gambir dari cari teksi bluebird. Biler kami keluar ader..jer orang akan approach kita tawarkan teksi mereka. Kalo boleh jangan pandang mereka terus jer cari kaunter kecil untuk teksi bluebird.

Tiba di kaunter kecil kami terus bagitau nak teksi untuk ke Tune Hotel, Pasar Baru. Kena bayar 5.000 rp untuk bayaran parkir teksi. Teksi dari Stasiun Gambir ke Tune Hotel hanya 15.000 rp. Di Jakarta dan Bandung kami gunakan teksi Bluebird sahaja kerana teksi ini menggunakan meter..dan tak dilupakan juga Bas, Angkutan Kota dan juga Bajaj (sebutan Bajai).

Selepas selesai urusan check in- terus ke bilik..mandi dan rehat.

Sebelum diteruskan cerita pengembaraan ini, kena ringkaskan itinerary sebenar trip ini dulu..:

12/9/2012 (Rabu)
2.55 Flight Take off dari LCCT ke Jakarta
4.00 Tiba di Bandara Soekarno Hatta
6.30 Tiba di Stasiun Gambir
8.00 Tiba di Tune Hotel

13/9/2012 (Khamis)
7.30 Breakfast di Mangga Besar
8.00 Shopping di Pasar Tanah Abang
10.00 Thamrin City dan Grand Indonesia Mall
12.00 Kembali ke hotel utk simpan hasil tangkapan, rehat dan solat
1.00 Mangga Dua Square dan WTC Mangga Dua (Lunch di Restoren d'Cost Seafood)
3.00 Ancol World
4.00 Tugu Monas

14/9/2012 (Jumaat)
5.00 Gerak ke Stasiun Gambir
5.50 Naik keretapi Argo Parahyangan
9.00 Tiba di Stasiun Bandung
9.15 Pasar Baru
11.00 Rumah Mode
1.00 Lunch makanan sunda di Restoren Sangkuriang (sempat solat di sini)
2.00 Shopping Jeans dan seangkatan dengannya di Toko 3
4.00 Terminal Tas dan ForMen
6.00 Check in Hotel

15/9/2012 (Sabtu)
7.00 Breakfast
9.00 Ke Cihampelas Walk
12.00 Check Out Hotel
1.00 ke Kartika Sari untuk beli kek
2.00 Stasiun Bandung..lepak di sini untuk kereta api ke Jakarta
4.30 Gerak ke Jakarta
7.30 Tiba di Stasiun Gambir
8.00 Ke Tune Hotel

16/9/2012 (Ahad)
8.00 Jalan-jalan sekitar Bandar Jakarta (Tujuan asal nak ke Masjid Istiqlal tetapi terpaksa dibatalkan kerana ada keramaian di masjid tersebut dan jalan macet)
- Lalu di Presidential Palace, Jalan Sudirman (tempat jualan barang-barang antik dan second hand)
- Terus ke Bandara
10.00 Tiba di Bandara
10.30 Check In - Alhamdulillah no excess baggage
11.00 Breakfast di Restoren makanan Indonesia
1.00 Gerak ke LCCT.
4.00 Tiba di LCCT dengan selamatnya

Alhamdulillah.....end of Day 1








Monday, August 27, 2012

Jakarta - Bandung (Preview)

Betapa beruntungnya semenjak wujud airasia yang sentiasa membuat promosi murah. Dengan tagline 'now everyone can fly' memang kena. Haha..nak melancong luar negara tapi dengan 'tight budget'.

Untuk tahun ketiga kali ini lokasi pilihan kami masih lagi Asia. antara tempat pilihan kami :
- Koh Samui (Thailand)
- Jakarta (Indonesia)
- Singapura 

Setelah dibuat undian - Koh Samui yang terpilih..tetapi memandang tahun 2011 kami dah ke Phuket lebih baik ke tempat lain yang belum kami sampai lagi. Kalo ke Koh Samui mungkin aktiviti yang kami buat pun lebih kurang sama dengan tahun lepas iaitu snorkelling, lawat pulau-pulau kecil, tengok kokesen berjemur....jadinya dengan kata sepakat kami pilih Jakarta dan kebetulan pada waktu itu airasia sedang mempromosikan pembukaan baru Tune Hotel di Pasar Baru, Jakarta. So...apa lagi terus hunting for ticketing n and hotel.

Setelah dibuat beberapa carian jumpa lah tarikh yang sesuai iaitu :
12 - 16 September 2012 .
Kos perjalanan (setakat ini) : Around RM700-800 (Tiket+Hotel+Bagasi+Extra Bagasi+Meal)
Hotel Penginapan kami : Tune Hotel, Jakarta  dan Amaris Hotel, Bandung

Cadangan itinerary kami sebagaimana di bawah : 


No.
Descriptions
1
11th Sept 2012 (Selasa)-K. Terengganu-Seremban
10.00 pm – Menaiki bas dari Hentian Kuala Terengganu

2
12th Sept 2012 (Rabu)-Jakarta
5.00 am – Tiba di Terminal One Seremban
12.00 pm - Bertolak ke LCCt
2.55 pm - Bertolak dari LCCT
3.55 pm - Tiba di Soekarno Hatta International Airport
5.15 pm - Naik Bas Damri ke Stasiun Gambir
6.30 pm - Tiba di Stasiun Gambir. Then cari Loket Utara untuk belian tiket keretapi ke Bandung. Pick up taxi ke Tune Hotel.

3
13th Sept 2012 (Khamis)-Jakarta
6.30 am - Jalan-jalan sekitar hotel (kopitiam sebelah hotel blm bukak lagi)
7.00 am – Naik angkutan ke Tanah Abang
11.00 am - Visit Tugu Monas and Masjid Istiqlal. Sambil tu beli tiket kereta api ke Bandung
12.00 pm – Lunch and proceed to Thamrin City
3.00 pm – Mall rat at Grand Indonesia

4
14th Sept 2012 (Jumaat)-Bandung
4.00 am –Bangun Awal
5.00 am –Ke Stasiun Gambir untuk menaiki kereta api ke Bandung (Breakfast dalam kereta api)
9.00 am – Tiba di Bandung terus Shopping di Pasar Baru (Anggaran masa dalam 1 jam jer kot.sebab dah shopping di Tanah Abang)
10.30 am - Ke Paris Van Java
12.00 am – Check in Hotel Amaris, Jalan Cihampelas
12.30 am – Lunch then shopping at Rumah Mode and other FOS at Jalan Riau
6.00 pm – Back to Amaris Hotel for refreshment
7.30 pm – Dinner and mall rat at Cihampelas Walk

5
15th Sept 2012 (Sabtu)-Bandung
6.30 am – Breakfast at Hotel
9.30 am – Toko 3
11.00 am – Factory Outlet at Jalan Dago
12.00 pm - Kartika Sari @ Amanda
2.00 pm – Bertolak ke Stasiun Bandung
4.30 pm – Keretapi bertolak ke Jakarta
7.30 pm – Keretapi tiba di Stasiun Gambir
8.00 pm – Pick up taxi / angkutan ke tune Hotel
8.30 pm – Tiba di Tune Hotel, Mandi, Solat
9.00 pm – Dinner nearby hotel then sightseeing around hotel for the last night in Jakarta

6
16th Sept 2012 (Ahad)-Jakarta-KL
8.00 am – Jalan² sekitar hotel
10.00 am -  Bertolak ke Airport
13.15 pm – Bertolak ke Kuala Lumpur
4.15 pm – Tiba di Kuala Lumpur
10.00 pm – Naik bas balik ke Kuala Terengganu

** Perjalanan sebenar tak tau macam maner..

Monday, June 25, 2012

EURO 2012


Semenjak berkahwin ni saya lebih mengenali dan memahami dunia bola sepak. Why? kerana encik suamiku begitu meminati bola tapi tak de lah taksub sangat setiap saat tengok bola..dan sekarang saya turut mengenali beberapa pemain bola...

Memandangkan sekarang demam euro bagi tahun 2012, saya nak berceloteh sikit pasal eropah ni. Yer la mana tahu masa belajar dulu korang fail geografi..ada kawan adik cakap 'aku sokong BRAZIL' untuk Euro 2012 kali..erks...

ok..let me explain a little bit about European Union taken from wikipedia.  Kesatuan Eropah @ European Union (EU) adalah satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh beberapa negara di Eropah. Sehingga kini EU mempunyai 27 negara ahli dan beberapa negara lagi sedang memohon untuk memasuki EU. EU mengamalkan satu pasaran tunggal melalui dasar perdagangan umum, dan juga Dasar Pertanian/Perikanan Umum, dan Dasar Pembangunan Serantau. Mata wang euro diperkenalkan pada 2004 dan digunakan oleh 17 negara ahlinya (Eurozone)...bab ni aku suka satu matawang untuk beberapa buah negara..kalo korang pegi ke negara-negara ni tak perlu nak tukar duit byk² currency nanti pening plak. Pakai satu jer iaitu euro.

Negara-negara EU ialah :
1. Belgium
2. Perancis
3. Jerman
4. Itali
5. Luxembourg
6. Belanda
7. Denmark
8. Ireland
9. United Kingdom
10. Greece
11. Portugal
12. Sepanyol
13. Austria
14. Finland
15. Sweden
16. Cyprus
17. Republik Czech
18. Estonia
19. Hungary
20. Latvia
21. Lithuana
22. Malta
23. Poland
24. Slovakia
25. Slovenia
26. Bulgaria
27. Romania

Eurozone terdiri dari 17 Negara iaitu yang saya bold  dan highlight kuning


Cukup la tuh pasal EU dan eurozone. Kita bicara mengenai Euro 2012 plak.
Setelah beberapa sesi kelayakan..hanya 16 negara yang layak ke perlawanan EURO 2012...kesemua negara ini telah pun diundi dan dibahagi kepada 4 kumpulan iaitu :

Kumpulan A - Republik Czech, Poland, Rusia, Greece
Kumpulan B - Denmark, Jerman, Belanda, Portugal
Kumpulan C - Sepanyol, Croatia, Ireland, Itali
Kumpulan D - England, Perancis, Sweden, Ukraine

Sehingga 25 Jun 2012..4 pasukan berjaya menempah tiket separuh akhir..iaitu
Jerman, Portugal, Sepanyol dan Itali.

Seterusnya..separuh akhir

28 Jun 2012 Jam 2.45 pagi





 SPAIN






                    VS






PORTUGAL





29 Jun 2012 Jam 2.45 pagi






GERMANY





                 VS




ITALY








Final : Spain vs Italy
and the winner is...Spain (selaku juara piala dunia 2010)....

Tuesday, May 29, 2012

Padang, Bukittinggi, Sumatera Barat

Travel Date : 4 - 7 April 2012
Hotel : Hotel Nikita, Bukittinggi
            Hotel Edotel,Padang


Di LCCT Airport..



Lepaking sambil menunggu kaunter check in

Bila lapar sambung lepak di Marrybrown..
Akhirnya..tdo gak little princess Sofea...



Tiba di Bukit Tinggi..lepas check in hotel terus makan tengahari di Resotren Makan Sederhana..

Ini lah jentera yang digunakan sepanjang tour kali ini...Isuzu Elf