Monday, January 14, 2019

Travel to South Korea (Part IV)


Hari ni last day kami di Seoul..kejap lagi ke Busan kembali..KTX train to Busan..nasib baik zombie belum wujud lagi (rujuk Korea Movie – Train to Busan).

Sebelum naik train kita bergambar dulu di Seoul Station 


Tiba di Busan Station..baru sempat nak ambik gambar sekitar kawasan ini. Sebelum ni tak sempat sebab nak kejar KTX ke Seoul.






cantik bunga ni..bunga kobis ke ni?

Memandangkan masih awal pagi lagi, kami terus Yongdusan Park. Taman ini dekat jer dengan busan Station. Jalan kaki sikit..dengan bawak bagpack yang berat tu..huhuhu

Rupanya kena mendaki sebab dekat tu ada Busan Tower..pasal ni akak tak explore pun..suami jer yang cari maklumat. Nasib baik tak perlu naik tangga..ada eskalator di sediakan untuk naik ke atas..nak turun baru guna tangga...bagusnya....

Biarlah gambar yang berbicara..




Jumpa orang Malaysia kat sini..seronok..bila jumpa Malaysian kat negara asing...

 

Travel to South Korea (Part III)


 
Pada hari ini kami akan ke Pyeongchang iaitu Yongpyong Ski Resort. Buat apa datang sini? Nak main ski ke?..
Eh tak lah…nak tgk snow jer..kot la ader rezeki dpt pegang snow

Seawal jam 4.00 pagi kami bersiap..buat simple breakfast dan bwk sedikit bekalan iaitu sandwich. Nasib baik ada  Korean student yang menginap kat situ tolong kami tempah teksi untuk ke Lotte Mall di Jamsil. Pada awal pagi ni perkhidmatan subway belum bermula lagi. Bas untuk ke Yong Pyong resort pulak akan bertolak pada jam 5.00-5.30 pagi.  Tambang teksi kalau tak silap dalam 11000 won.
Sampai sana Nampak la beberapa biji bas berwarna ungu dan beberapa orang Korean bersama peralatan ski diorg..dah memang sah bas ni la yang akang ke Yong Pyong Resort. Naik bas terus bayar tambang..dalam 35000 seorang return tiket. Beli siap² senang.

Kami solat subuh semasa dalam bas. Tengok semua orang dalam pakai winter jacket yang tebal..mmg cara berpakaian untuk musim snow lah kiranya..kita nih pakai jeans + jacket yang biasa pakai masa pegi Cameron Highlands..haha..
Bas untuk ke Yongpyong Ski Resort ni ada dua trip :
5.00 pagi dan 10.00 pagi..
Untuk turun dari Yong Pyong pulak pukul 1.00 tengahari dan petang tak pasti pukul berapa mungkin 4.00 petang atau 5.00 petang.

Kami pilih yang pukul 5.00 pagi sebab..pukul 1.00 petang boleh turun dah dan boleh lagi jalan² ke Namdaemun ke Itaewon ke..Kalau pilih trip petang dah rugi masa kat situ..
Tempoh masa perjalanan dari Jamsil ke Pyeongchang ni lebih kurang 3 jam. Bila dah sampai sana..Subhanallah…ada rezeki nk pegang snow..


Turun dari Bas terus ke tempat yang ada snow..pegang..hahahah..orang lain dah menghilang ntah ke mana..






Untuk maklumat yang lebih tepat dan detail boleh rujuk laman web : https://www.yongpyong.co.kr/eng/index.do





Naik gondola untuk ke puncak

Pesanan : Kalau ada hati nak naik ke puncak gunung macam ni sila pakai losyen sunscreen @ sunblock yer..nanti kulit muka korang hangus terbakar..musim² sejuk pun matahari totap ado..jarak dengan matahari terasa dekatnya..kami x bwk semua tu..ingatkan pi pulau jer kena pakai..,


Dah..jom turun kita shopping pulak..


Travel to South Korea (Part II)

....sambungan

Seoul - Kimchee Dongdaemun Guesthouse

Dari Seoul Station, kami ambil train line no. 4 (biru) untuk ke stesyen seterusnya iaitu Samgakji. Tiba di Samgakji tukar line No. 6 dan turun di stesyen Cheonggu. 

Tiba di Cheonggu, Exit no. 3..kami ikut direction yang diberi oleh pihak Hostel. Senang jer nak jumpa guesthouse tersebut. Lebih kurang 100-150 meter dari exit nombor 3  Cheonggu Station. Sampai di Guesthouse pukul 2.00 petang..malangnya x boleh check in lagi. So kami tinggalkan beg berat kami dulu dan kuar jenjalan..jelajah Seoul...iaitu Bukchon Hanok Village


Bukchon Hanok Village

Bukchon Hanok Village merupakan perkampungan tradisional Korea. Rumah-rumah kediaman di sini masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Korea. Untuk makluman, kawasan ini adalah resident area dan juga menjadi tempat pelancongan. So, jangan bising or cakap kuat-kuat di kawasan ini...terdapat beberapa papan tanda meminta pelancong agar tidak bercakap kuat dan beberapa orang sukarelawan yang memegang sepanduk ' Silence Please'



Dari Cheonggu (line 3) kami turun di stesyen Anguk. Kuar dari train cuba tengok mana-mana papan information mengenai Bukchon Hanok Village. Kat situ ada info exit mana yang perlu kita ambil untuk ke tempat ini. Kalau tak silap kena tengok exit to Gyeongbokgung Palace. Istana ini berada di kawasan Bukchon Hanok Village. Selepas keluar dari exit berkenaan..kami terus jalan ke depan dalam 200-300 meter jumpa Tourist Information Centre. Ambik la beberapa map yang berkaitan tapi yang penting map Hanok Village..kalo jalan tanpa map kan boleh sesat plak..

kesian ahjumma ni..dah lenguh berdiri agaknya sambil pegang sepanduk









Shopping stoking..1,000 won untuk sepasang stoking..comey..

Okey..selesai di sini kita ke Namdaemun pulak.....:))

Myeongdong Market (shopping area)

Plan asal sebenarnya nak pergi ke Namdaemun market sebab nak beli souvinier untuk family dan rakan² tapi daku telah tersilap turun daa....Kami dari Anguk stesyen terus ke Chungmuro then transfer to line 4. Kendian stop di stesen Myeongdong. ntah macam mana ntah patutnya kena turun di Stesyen Hoeyeon (next stop)..tak per la..kat sini memang happening giler...ramainya umat manusia..begitu banyak deretan  kedai kosmetik. Sempat la sambar beberapa jenis skin care dan 20pcs masker the face shop..tak jangka langsung nak shopping kosmetik dan skin care ni.. 

Tengah duk belek² skin care ni..tiba-tiba perut berbunyi..huhuh..baru teringat yang kami belum lagi lunch. Jam dan menunjukkan pukul 5.00 petang. Solat pun belum lagi..lunch pun belum lagi..then..aku nampak..mamt k-pop tengah tebar something kat gerai dia sambil jerit BANANA NUTTELA PANCAKE! BANANA NUTTELA PANCAKE! Ish..macam best jer ni...try la beli satu.. 1 keping pancake ni berharga 4,000 won..sedap gak pancake nipis ni...tapi x crunchy..




Mula-mula dia buat kulit pancake tersebut..nipis jer..kemudian letak beberapa hirisan pisang, 2-3 sudung nuttela then cornflake..lipat..pastu bayar dan makan...


Selepas membeli dan menonton di Myeongdong...kami ke Itaewon jugak..walaupun kena bertukar train..Kami tiba di Itaewon dalam pukul 6 lebih....carik Masjid..terpaksa mendaki bukit sikit..nasib baik beg yang berat dah ditinggalkan di guesthouse..then brg² kosmetik yang dibeli tak banyak. Kami solat Zohor-Asar, Maghrib - Isyak di masjid ini. Selepas solat, kami beli kebab dari Mr. Kebab utk makan malam. Kebab ayam berharga 5,500 won manakala kebab kambing berharga 6,500 won. Kami sempat singgah di sebuah kedai runcit berdekatan masjid untuk beli nasik segera. 2 pek nasi segera berharga 4,000 won..agak mahal la..kalau beli kat seven-e baru 1,600 atau 1,700...hmmm... 

Balik ke Guesthouse..check in..mandi..makan..then rehat untuk esok plak..pukul 3.00 pagi dah kena bangun..