RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin
karena ia mengandung keberkatan", yaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi
kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa
yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia,
Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar
daripada penyakit
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu
mempunyai
hati dan hati al-Quran
itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah
Yassin,niscaya menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang
suka
membaca surah Yassin pada
setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama
Malaikat Maut. Mereka berdoa dan
meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya
dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yassin sehingga
datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa
bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang
sunat
dua rakaat pada malam Jumaat,
dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua
Tabaroka,
Allah jadikan setiap huruf cahaya
dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima
suratan amalannya ditangan kanan dan diberi
kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang
siapa yang meragui keterangan ini,
dia adalah orang-orang yang munafik.
No comments:
Post a Comment