Aiyyaa......update blog setahun sekali..
Travel date :
5 Mac 2015 - 9 Mac 2015
Accomodation :
Popcorn Hostel, Busan
Kimchee Dongdaemun 2 Guest House, Seoul
2 Days 1 night Hotel, Busan
No. of Pax : 2
Me n My Hubby
Day 1 ~ 5 Mac 2015
Flight kami ke Busan ialah pada pukul 8.30 pagi..tempoh perjalanan dari KL ke Busan mengambil masa kira-kira 6 jam +-. Kami tiba di Gimhae Airport pada jam 3.45 petang waktu Korea. Alhamdulillah urusan imigration berjalan lancar. Kami terus mencari kedai 7e untuk mendapatkan kad T-Money / Cash Bee. 1 keping kad cash bee berharga 2500 won. Kat dalam kad tu xde duit..so kena topup/reload so..untuk permulaan kami cuma reload 10,000 won per kad sahaja
Berpandukan map busan metro..kami terus keluar dari Gimhae Airport..ambil train Busan Gimhae Light Rail Transit (Line Ungu) menghala ke Sasang (Final Destination) then tukar train hijau (Line 2) menuju ke Seomyeon. Tiba di Seomyeon kami tukar train Line no. 3 iaitu train warna jingga dan turun di stesyen Choryang. Kami telah menempah guesthouse yang cume iaitu 'Popcorn Guesthouse'. Harga satu malam ialah RM80 utk bilik Double shared bathroom. Dari stesyen Choryang kami ambil exit no. 3 keluar jer terus nampak bangunan warna kuning di seberang jalan iaitu Popcorn Hostel. Exactly same with direction given by Popcorn Hostel.
# Tips : Next time kalau ke Busan..hostel yang menjadi pilihan ialah di area Seomyeon..sebab senang nak ke mana-mana x perlu tukar byk train..
Selepas urusan check in dan solat jama' selesai kami terus ke Busan Station untuk redeem KTX Voucher dan juga terus tempah tiket untuk perjalanan ke Seoul pagi esok. Sampai Busan Station kami kesesatan sekejap tak jumpa mana exit sebenar Busan Station. Apa yang kami tahu Busan Station adalah di Bangunan yang lain. Sampai tersesat ke dalam Underground Shopping Mall..hehehe...Nasib baik patah balik then nampak signage KTX. Terus jer folo signage tu..(tu la kat negara orang jangan main hentam jer..tengok signage lek lok..bila dah nampak winter cot murah terus tergoda..).
Kemudian nampak la bangunan besar dan terpampang perkataan 'Busan Station'...yeaahhh...terus panjat ehh..naik eskalator ke tingkat 1. Ticket counter di tingkat 1. Urusan penebusan tiket berjalan lancar. Kami pilih train pukul 9.00 pagi esok. Train kami bernombor 118,
Train ticket -
Nombor train 118
Nombor gerabak / car 14
No seat 11A
Tiba di Seoul 11.44 pagi
Oleh itu, perjalanan dari Busan ke Seoul dengan train 118 ialah selama 2 jam 44 minit.
Kami diberi satu keping kad KR-PASS(Saver) yang mana perlu ditunjukkan apabila nak tukar tiket return ke Seoul pada 8 haribulan nanti. Boleh jugak kalu kita nak ambik terus tiket dari Seoul ke Busan tapi kami belum decide lagi waktu yang sesuai untuk kembali semula ke Busan. Okey done.
Selesai di Busan Station kami terus ke Jagalchi Market..jalan-jalan dan tengok jer...tak makan pun..huhuhu tengok life seafood..
Aku sempat sambar 1 paket strawberry dengan harga 5,000 won untuk makan malam dan breakfast esok..
Manis dan sedap .. itu jer yang dapat diluahkan..saiznya lebih besar berbanding dari Cameron Highland. Tak rugi beli
Day 2 (6 March 2015)
Ni ler breakfast kami..Nasik segera (beli kat 7e), sambal tumis ikan bilis, serunding dan buah strawberry..
Selesai breakfast terus kami berkemas dan check out dari Popcorn hostel dan menuju ke Busan Station. Almaklumlah waktu dah pukul 8.00 pagi..risau tak sempat nak cacth up KTX pukul 9.00 pagi..Sampai jer di Busan station pukul 8.30 pagi kami terus mencari train yang sepatutnya....maklumlah first time..kan tak jumpa plak train..bila dah jumpa train tersebut..x de orang pun lagi..hahahahaha..awal sangat kot..dalam 15 minit sebelum pukul 9 baru la ada 2-3 orang..
KTX Busan - Seoul
Tepat pukul 9.00 pagi train terus bergerak dan makin laju..pada waktu ni kami lihat masih terdapat beberapa seat yang kosong..rupa-rupanya seat tersebut telah ditempah kerana KTX turut berhenti di beberapa station kalau tak silap dalm 4 -5 station. Sampai di Seoul memang penuh la semua seat tersebut.
Oh yer..dalam tempoh perjalanan tersebut ada jugak dibuat jualan makanan dan minuman ringan..kami tak beli apa-apa pun sebab membayangkan kesukaran untuk berinteraksi.
Pemandangan dari luar train yang sedang bergerak laju....
Dalam KTX turut disediakan sebuah majalah mengenai KTX. Tapi semuanya tak faham..langsung tiada dalam bahasa inggeris. Mujur ada dipaparkan jadual perjalanan KTX. Boleh la pilih nak ambik train / waktu yang kita nak. So..balik nanti kami pilih train nombor 001 pukul 9.45 pagi dari Seoul. Train ni direct terus dari Seoul ke Busan tanpa henti dan perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 2 jam 20 minit.
Tiba di Seoul Station, terus kami kami cari kaunter tiket untuk redeem tiket pada 8 haribulan nanti. Alhamdulillah, train yang kami pilih masih lagi available..okey jalan-jalan di sekitar Seoul Station..
Seterusnya kami perlu merujuk map Seoul metro lak...agak mencabar skit..huhuhuh. Di Bandar Seoul, kami telah menempah Kimchee Dongdaemun Guesthouse. aku yang pilih guesthouse ni..ingatkan dekatla dengan Dongdaemun..rupanya kena naik train gak..huhuhuh..
bersambung...
Dikemaskini
semula pada 14 Januari 2019.
Peristiwa yang
berlaku adalah pada tahun 2015…uishh..4 tahun cerita ni tidak dikemaskini..
Walaupun
kami jalan-jalan ni sendiri jer tanpa guna travel agent..itinerary tu mesti
kena ada..Cuma folo atau tak jer..yang ini semua perancangan awal..ada tempat
tak sempat cover ada tempat tu bila dah sampai tidak memenuhi expectation
kita..
Disebabkan
kami tiba di Kimchee Dongdaemun Guesthouse terlalu awal, memang tak boleh
check in lagi..tinggalkan beg pada receptionist dan sambung jalan..